Monday 22 September 2014

INTERPRETASI PROFIL INVENTORI GAYA BERCINTA

PENTADSIRAN UMUM IGB

Setiap individu akan memperolehi skor dalam keenam-enam skala IGB. Skor tertinggi 
yang diperolehi dari keenam-enam skala IGB ini menunjukkan gaya percintaan yang 
dominan untuk diri anda. Berikut adalah makna gaya percintaan yang anda miliki :

CINTA ROMANTIS –EROS



Gaya percintaan ini merujuk kepada cinta yang wujud hasil daripada tarikan fizikal yang
sangat kuat pada pertemuan pertama. Mereka yang memiliki gaya ini mahukan penyatuan dan perpaduan dalam hubungan cinta. Mereka ini seboleh-bolehnya inginkan satu identiti dengan pasangannya, contohnya dalam berpakaian dan mempunyai selera makan yang sama. Selalunya tarikan sosial yang menyebabkan pengamal gaya ini tertarik untuk membentuk hubungan. Pengamal gaya percintaan ini memandang cinta sebagai sesuatu yang sangat tinggi nilainya.


CINTA PERMAINAN – LUDUS


Mereka yang mengamalkan gaya bercinta jenis ini cuba untuk mengurangkan
pergantungan dan tanggungjawabnya. Mereka selalunya mempunyai lebih daripada satu
pasangan cinta dalam sesuatu sama. Ini adalah kerana dengan adanya dua atau lebih
kekasih serentak lebih senang baginya melepaskan tanggungjawab kepada kedua-dua 
kekasihnya tadi. Mereka yang mengamalkan gaya ini juga selalunya tidak serius dalam 
bercinta dan tidak mendalam perasaan cintanya, sebeliknya mereka suka memainkan 
perasaan atau pun membiarkan pasangannya tertanya-tanya apakah perasaan mereka 
sebenarnya dan berapa dalamkah penglibatan cinta mereka itu. Pengamal gaya ini juga 
tidak mempunyai rancangan jangka panjang dalam hubungan cinta, lebih suka 
membuathubungan secara mendadak dan tidak teratur. Dengan ini hubungan mereka 
jarang sekali mesra terutama daripada segi emosi dengan pasangannya. Ini disebabkan 
mereka lebih suka bebas dan tidak mahu kebebasannya diganggu oleh sesiapa sahaja 
termasuklah pasangannya sendiri.


CINTA PERSAHABATAN – STORAGE


Gaya ini adalah hasil daripada persahabatan. Cinta pada pengamalnya tidak wujud secara
mendadak, tetapi timbul secara perlahan-lahan. Kadang-kadang orang yang bercinta tidak menyedari yang mereka sudah lama dalam percintaan. Selalunya orang yang memiliki gaya ini akan mempunyai minat yang sama dengan pasangannya. Mereka juga tidak berkeupayaan untuk menyintai seseorang tanpa dikenali secara mendalam dalam jangkamasa yang panjang. Sebaliknya mereka akan mengenali pasangan itu dahulu sebelum wujudnya perasaan cinta.


CINTA LOGIK – PRAGMA
 
Gaya logikal merujuk kepada gaya bercinta yang mana individu yang terlibat cuba
mencari pasangan yang terbaik untuknya. Ia akan menetapkan ciri-ciri khusus dan cuba
mencari pasangan yang sesuai dengan atau mengikut ciri-ciri khusus tersebut. Sekiranya
asangan yang sesuai telah ditemui, sebarang kemungkinan untuk berpisah selalunya
akan dibuat pertimbangan terlebih dahulu. Pengamal gaya ini juga sabar menangguh
hubungan cintanya sehingga mereka betul-betul merasakan individu yang ditemui itu
memenuhi kriteria yang dikehendakinya.


CINTA KEPUNYAAN – MANIA


Gaya ini merujuk kepada pengamal yang memiliki sifat cemburu kerana mementingkan
ingin bersama setiap masa. Ia tidak suka kepada perpisahan dan semua aktiviti mahu
dilakukan bersama. Individu ini menjadi beban kepada orang lain kerana ia sangat
mementingkan keperluan diri sendiri. Mereka juga sangat kuat dengan perasaan ingin
mengawal, mengongkong dan memiliki dan pada masa yang sama juga mahu merasa
dimiliki oleh pasangannya. Oleh itu mereka ini sentiasa mencurigai kejujuran dan
keutuhan cinta pasangan masing-masing.

CINTA PENGORBANAN – AGAPE


Gaya pengorbanan merujuk kepada mereka yang suka membantu, amat memahami dan 
pemaaf. Gaya bercinta ini terlau ekstrim menyebabkan individu terlalu penyabar terhadap objek yang dicintainya. Pengorbanan ini menyebabkan pemikirannya terbatas. Pengamal gaya bercinta ini juga bersikap terbuka kerana ia boleh menerima cinta daripada orang yang berbeza-beza personalitinya. Pengamal gaya percintaan ini akan memberikan cinta dan kasih sayang dengan rela hati tanpa sebarang syarat kepada pasangannya. Pengamal gaya percintaan ini juga sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang mereka cintai itu bahagia dan selesa, bahkan mereka rela mengenepikan cita-cita atau pun kehendak dirinya sendiri asalkan pasangan mereka berjaya mendapatkan apa yang dikehendakinya.





No comments:

Post a Comment