Thursday 4 September 2014

BELAJARLAH UNTUK BERSYUKUR


BELAJARLAH UNTUK BERSYUKURPDFCetakE-mail

"Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di
dalam hidupnya.

Sebelum kita mengeluh isteri atau ibu masak tidak sedap,
Fikirkan tentang orang yang sanggup berlapar demi anak-anak

Sebelum kita berbangga dengan gaji yang besar dan kereta mewah
Fikirkan tentang seseorang yang memerlukan keselesaan bukan kemewahan

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi
dirinya mandul.

Sebelum kita mencaci dan mngherdik seseorang,
Fikirkan bahawa suatuhari nanti kita akan diherdik dan dihina oleh masyarakat.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka
mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah bahawa kita masih hidup !


*BELAJARLAH BERSYUKUR SEBELUM TERLAMBAT !!!!*


-

NaD' 2014

                                                                                                            sumber : www.izakat.com

No comments:

Post a Comment