Monday 22 September 2014

INTERPRETASI PROFIL INVENTORI GAYA BERCINTA

PENTADSIRAN UMUM IGB

Setiap individu akan memperolehi skor dalam keenam-enam skala IGB. Skor tertinggi 
yang diperolehi dari keenam-enam skala IGB ini menunjukkan gaya percintaan yang 
dominan untuk diri anda. Berikut adalah makna gaya percintaan yang anda miliki :

CINTA ROMANTIS –EROS



Gaya percintaan ini merujuk kepada cinta yang wujud hasil daripada tarikan fizikal yang
sangat kuat pada pertemuan pertama. Mereka yang memiliki gaya ini mahukan penyatuan dan perpaduan dalam hubungan cinta. Mereka ini seboleh-bolehnya inginkan satu identiti dengan pasangannya, contohnya dalam berpakaian dan mempunyai selera makan yang sama. Selalunya tarikan sosial yang menyebabkan pengamal gaya ini tertarik untuk membentuk hubungan. Pengamal gaya percintaan ini memandang cinta sebagai sesuatu yang sangat tinggi nilainya.


CINTA PERMAINAN – LUDUS


Mereka yang mengamalkan gaya bercinta jenis ini cuba untuk mengurangkan
pergantungan dan tanggungjawabnya. Mereka selalunya mempunyai lebih daripada satu
pasangan cinta dalam sesuatu sama. Ini adalah kerana dengan adanya dua atau lebih
kekasih serentak lebih senang baginya melepaskan tanggungjawab kepada kedua-dua 
kekasihnya tadi. Mereka yang mengamalkan gaya ini juga selalunya tidak serius dalam 
bercinta dan tidak mendalam perasaan cintanya, sebeliknya mereka suka memainkan 
perasaan atau pun membiarkan pasangannya tertanya-tanya apakah perasaan mereka 
sebenarnya dan berapa dalamkah penglibatan cinta mereka itu. Pengamal gaya ini juga 
tidak mempunyai rancangan jangka panjang dalam hubungan cinta, lebih suka 
membuathubungan secara mendadak dan tidak teratur. Dengan ini hubungan mereka 
jarang sekali mesra terutama daripada segi emosi dengan pasangannya. Ini disebabkan 
mereka lebih suka bebas dan tidak mahu kebebasannya diganggu oleh sesiapa sahaja 
termasuklah pasangannya sendiri.


CINTA PERSAHABATAN – STORAGE


Gaya ini adalah hasil daripada persahabatan. Cinta pada pengamalnya tidak wujud secara
mendadak, tetapi timbul secara perlahan-lahan. Kadang-kadang orang yang bercinta tidak menyedari yang mereka sudah lama dalam percintaan. Selalunya orang yang memiliki gaya ini akan mempunyai minat yang sama dengan pasangannya. Mereka juga tidak berkeupayaan untuk menyintai seseorang tanpa dikenali secara mendalam dalam jangkamasa yang panjang. Sebaliknya mereka akan mengenali pasangan itu dahulu sebelum wujudnya perasaan cinta.


CINTA LOGIK – PRAGMA
 
Gaya logikal merujuk kepada gaya bercinta yang mana individu yang terlibat cuba
mencari pasangan yang terbaik untuknya. Ia akan menetapkan ciri-ciri khusus dan cuba
mencari pasangan yang sesuai dengan atau mengikut ciri-ciri khusus tersebut. Sekiranya
asangan yang sesuai telah ditemui, sebarang kemungkinan untuk berpisah selalunya
akan dibuat pertimbangan terlebih dahulu. Pengamal gaya ini juga sabar menangguh
hubungan cintanya sehingga mereka betul-betul merasakan individu yang ditemui itu
memenuhi kriteria yang dikehendakinya.


CINTA KEPUNYAAN – MANIA


Gaya ini merujuk kepada pengamal yang memiliki sifat cemburu kerana mementingkan
ingin bersama setiap masa. Ia tidak suka kepada perpisahan dan semua aktiviti mahu
dilakukan bersama. Individu ini menjadi beban kepada orang lain kerana ia sangat
mementingkan keperluan diri sendiri. Mereka juga sangat kuat dengan perasaan ingin
mengawal, mengongkong dan memiliki dan pada masa yang sama juga mahu merasa
dimiliki oleh pasangannya. Oleh itu mereka ini sentiasa mencurigai kejujuran dan
keutuhan cinta pasangan masing-masing.

CINTA PENGORBANAN – AGAPE


Gaya pengorbanan merujuk kepada mereka yang suka membantu, amat memahami dan 
pemaaf. Gaya bercinta ini terlau ekstrim menyebabkan individu terlalu penyabar terhadap objek yang dicintainya. Pengorbanan ini menyebabkan pemikirannya terbatas. Pengamal gaya bercinta ini juga bersikap terbuka kerana ia boleh menerima cinta daripada orang yang berbeza-beza personalitinya. Pengamal gaya percintaan ini akan memberikan cinta dan kasih sayang dengan rela hati tanpa sebarang syarat kepada pasangannya. Pengamal gaya percintaan ini juga sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang mereka cintai itu bahagia dan selesa, bahkan mereka rela mengenepikan cita-cita atau pun kehendak dirinya sendiri asalkan pasangan mereka berjaya mendapatkan apa yang dikehendakinya.





Wednesday 17 September 2014

Nilai Sebenar Seorang Isteri

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.

         

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”   
    
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan  juga isterinya serta seterusnya. 
         
PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"
  
Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.   
      
PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."
         

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.        
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih. 
        
Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!”    
      
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.
          
PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"
     

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis. 
         
Setelah suasana tenang,
PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"  

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut. 
     
Lalu lelaki itu menjawab:      
”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”    

Tuesday 16 September 2014

INVENTORI GAYA BERCINTA

Berikut adalah pernyataan berkaitan gaya bercinta. Sila baca tiap-tiap pernyataan berikut dengan teliti dan fikirkan sejauhmana anda setuju atau tidak dengan pernyataan  itu. Anda bebas menjawab semua pernyataan mengikut pandangan dan kaitannya dengan diri anda sendiri. Anda tidak perlu bimbang dengan jawapan yang anda berikan kerana tidak ada jawapan yang betul atau salah. Tandakan (/ ) pada ruang jawapan yang disediakan mengikut kesesuaaian diri anda berasaskan kunci jawapan berikut:
SS
5
Sangat setuju
TS
2
Tidak setuju
S
4
Setuju
STS
1
Sangat tidak setuju
TP
3
Tidak pasti




Bil

Item pernyataan
5
SS
4
S
3
TP
2
TS
1
STS
1
Saya tidak menyedari bilakah persahabatan saya telah bertukar kepada perasaan cinta.





2
Saya telah tertarik kepadanya pada pertemuan yang pertama.





3
Saya cuba menyembunyikan sedikit perasaan cinta saya terhadapnya.





4
Adalah lebih baik jika menyintai seseorang yang mempunyai latar belakang yang sama.





5
Saya akan menolong kekasih saya sedaya upaya setiap kali dia dalam kesusahan.





6
Perasaan dan fikiran saya terganggu apabila melihat dia berbual dengan teman yang berlainan jantina.





7
Sebelum ini, kekasih saya adalah sahabat baik saya.





8
Saya cemburu apabila melihat kekasih saya bersama teman lelaki/ wanita lain.





9
Saya cuba mengelak kekasih saya mengetahui yang saya mempunyai teman lelaki/ wanita lain.





10
Saya akan merancang kehidupan saya sebelum memilih kekasih.





11
Saya sanggup berkorban apa sahaja asalkan kekasih saya bahagia.





12
Saya merasakan adalah penting bagi kekasih saya mengetahui bahawa saya amat memerlukannya.





13
Saya amat mementingkan kejujuran dalam hubungan cinta dengannya.





14
Saya sering member hadiah/ kad/ bunga kepada kekasih saya untuk meraikan hari-hari tertentu.





15
Hingga kini saya tidak pasti sama ada saya benar-benar menyintainya.





16
Sikapnya terhadap karier saya juga harus dipertimbangkan.







17
Kekasih saya bebas menggunakan barang-barang kepunyaan saya tanpa kebenaran.






18
Jika dia tidak mempedulikan saya, saya akan membuat sesuatu untuk mendapatkan perhatiannya.





19
Percintaan yang baik datangnya dari persahabatan yang lama.





20
Saya sering mengucapkan kata-kata cinta dan saying kepadanya.





21
Saya tidak selesa dan akan menjauhkan diri daripadanya jika dia terlalu begantung kepda saya.





22
Sebelum menjalinkan hubungan dengan lebih serius dengannya, saya akan mengkaji latar belakang hidupnya.





23
Walaupun kekasih saya sering menyakiti hati saya, saya tetap menyintaiya.





24
Sepanjang percintaan saya ,saya sukar untuk menumpukan perhatian kepada benda lain.





25
Saya berharap agar dia memahami bahawa saya menyintainya melalui tingkah laku yang saya tunjukkan.





26
Saya sering bersama-samanya ke mana sahaja.





27
Saya tidak bercita-cita untuk menjadikannya sebagai teman hidup saya.





28
Sikapnya terhadap keluarga saya merupakan perkara yang amat penting.





29
Saya turut merasa sedih jika melihat kekasih saya bersedih.





30
Jika saya putus cinta, saya akan kecewa dan sukar untuk melupakannya.





31
Umur bukanlah menjadi penghalang bagi saya untuk menjalin hubungan cinta.





32
Saya mencurahkan isi hati saya melalui kad ucapan/ surat.





33
Saya mempunyai teman lelaki/ wanita lain selain daripadanya.





34
Saya sering membayangkan mempunyai kekasih yang terbaik untuk saya.





35
Saya begitu mengambil berat terhadap dirinya tanpa memikirkan tentang diri saya.





36
Saya tidak menduga dari perkenalan akhirnya timbul rasa sayang.





37
Saya tidak berselera untuk makan jika kekasih saya tiba-tiba menghilangkan dirinya.





38
Saya menjalinkan kasih sayang  terhadapnya melalui sentuhan-sentuhan.





39
Saya seronok berdampingan dengan sesiapa sahaja walaupun saya tidak mempunyai niat untuk berkahwin
dengannya.








40
Saya tidak menyintai seseorang itu dengan sepenuhnya sekiranya saya tidak mempunyai niat untuk berkahwin dengannya.





41
Saya rela memaafkan kekasih saya jika ada kesilapan yang dilakukan terhadap saya.





42
Saya rasa dialah segala-galanya untuk saya.





43
Saya menyatakan rasa cinta saya kepadanya setelah lama berkenalan.





44
Saya mempunyai kegemaran yang sama dengan kekasih saya.





45
Saya menyintainya hanya untuk sementara sahaja sebelum saya menemui orang yang lebih sesuai dengan saya.





46
Saya tidak boleh dikatakan bercinta sekiranya saya tidak mengambil tahu akan dirinya.





47
Saya sentiasa mengembirakan hatinya walaupun saya berada dalam keadaan sedih.





48
Hanya dialah orang yang pertama dan terakhir dalam hidup saya.





49
Cinta sebenarnya adalah persahabatan yang mendalam, bukannya emosi yang dipaksa.





50
Saya amat menghargai setiap pertemuan yang kami lalui.





51
Saya dengan mudah dan cepat dapat melupakan cinta yang pernah saya lalui.






52
Adalah penting bagi saya menimbulkan perasaan sangsi di hati kekasih saya tentang sejauhmana cintanya terhadao saya.





53
Saya bersedia mengorbankan kehendak hati asalkan kekasih saya berjaya memperolehi apa yang dihajatinya.





54
Jika dia meninggalkan saya, sukar bagi saya mencari penggantinya.





55
Jika percintaan kami terputus, saya akan memastikan bahawa dirinya berada dalam keadaan yang menyenangkan.





56
Saya berasa amat bimbang apabila menyedari perhubungan kami tidak semesra dulu.





57
Saya lebih rela memutuskan percintaan saya dengannya jika saya bertemu dengan seseorang yang benar-benar memenuhi citarasa saya.





58
Hidup bersama, berganding bahu dalam soal rumahtangga dan sama-sama menjaga hubungan merupakan perkara yang sering dibincangkan bersama kekasih saya.





59
Jika kekasih saya telah mempunyai anak dengan orang lain, saya rela mendidik, menjaga dan menyayanginya seperti anak saya sendiri.





60
Bagi saya hanya dialah satu-satunya untuk saya di dunia ini.






Selamat Mencuba........