“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang
yang terbaik terhadap temannya dan sebaik
baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik
terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
"Aku bersahabat dengan mu kerana Allah dan bukan kerana harta dan kelebihanmu. Terima kasih kerana menjadi sahabatku"
Ciri-ciri sahabat yang sejati
- Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, dia terus menolong mu tanpa berdolak dalik
- Jika sesuatu engkau terjatuh (musibah), dia hadir untuk meringankan bebanmu
- Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih mudah mengalah demi menjaga tali persahabatan
- Jika anda memberi sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menghargai perbuatan yang anda lakukan
- Jika anda merapatkan hubungan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan anda
- Dia sentiasa membantumu menjauhi daripada kemaksiatan dan perkara yang keji dan membantumu menunaikan perintahNya dan kebaikan
- Dia sentiasa mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat
Ciri-ciri sahabat yang perlu kita berhati-hati atau tinggalkan
- Sahabat yang hipokrit: Dia berkawan denganmu kerana kepentingan peribadi semata-mata dan tidak sanggup menolongmu ketika anda dalam kesusahan.
- Sahabat yang pengampu: Dia bersetuju dalam semua perkara yang anda lakukan itu ( samada baik atau buruk). Bila berhadapan dengan anda, dia memuji dirimu,tetapi dibelakang dia mengkhianati dirimu.
- Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah: Dia membawa anda ke kancah kemaksiatan dan menambah dosa mu didunia.
- Sahabat yang duniawi: Dia sentiasa mengajak anda untuk 'melepak', berpesta atau ketempat yang tidak sepatutnya dan melalaikan.
- Sahabat yang kedekut dan tamak: Dia sangat tamak untuk memberi kepadamu dan meminta banyak kepada mu. (pentingkan diri sendiri)
~ NaD' 2014
No comments:
Post a Comment